Permainan Roda Aktiviti
Permainan Roda aktiviti ini dicipta berkaitan dengan alat bantu
mengajar iaitu memberi penekanan melalui kaedah pembelajaran koperatif di mana
pelajar dapat bantu-membantu antara satu sama lain. Di samping itu, melalui
permainan roda aktiviti pelajar dapat mengasah kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) mereka melalui kaedah penyelesaian masalah dan secara mudahnya, pelajar akan dapat belajar
sambil bermain. Bagi aktiviti ini kumpulan sasaran bagi inovasi adalah untuk
semua pelajar sama ada cemerlang, sederhana mahupun yang lemah dalam semua
subjek.
Permainan “ Roda Aktiviti” adalah satu permainan yang berkait rapat
dengan Perkembangan Kognitif, Perkembangan Bahasa, Perkembangan Fizikal, dan
juga Perkembangan Sosial Emosi. Permainan ini sesuai dimainkan secara
berkumpulan ataupun individu mengikut kretiviti guru . Dengan permainan roda
aktiviti guru boleh menggunakannya
sebagai alat bantu mengajar didalam sesi pengajaran dan pembelajaran .
Ini menjadikan suatu kelainan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu
sahaja permaian roda aktiviti ini dapat menarik perhatian kanak-kanak terhadap
teknik pengajaran dan pembelajaran yang baharu. Aktiviti yang terdapat didalam
permainan roda aktiviti yang antaranya kami hasilkan iaitu pendedahan mengenal huruf
Vokal “ A,E,I,O,U”, mengenal Warna dan juga aktiviti kuiz. Roda
aktiviti ini diperbuat daripada kadbord keras, kertas warna dan kertas
liminite.
Permainan Busy Book
Permainan busy book ini yang amat sesuai untuk kanak-kanak dari
peringkat umur 2 hingga 4 tahun kerana didalamnya terdapat aktiviti-aktiviti
yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak umur 2 hingga 4 tahun. Kelebihan
permainan ini antaranya ia mudah dibawa
kerana ringan dan sesuai untuk pembelajaran formal atau tidak formal. Permainan
ini mudah digunakan dan juga untuk
melatih kanak-kanak belajar fokus dan melatih kemahiran motor halus
kanak-kanak. Permainan ini sememagnya mendapat perhatian kanak-kanak kerana warnanya yang menarik dan aktiviti yang
disediakan dalam buku ini adalah sangat unik.
Seawal 2 tahun untuk membaca huruf yang ada pada busy book, dan
melakukan aktiviti yang terdapat antaranya mengikat tali kasut, mengenal warna
dan pelbagai lagi aktivit yang kami hasilkan.
“Busy Book” kami objektif yang terdapat didalamnya iaitu terdapat
perkembangan Bahasa iaitu aktiviti mengenal huruf A hingga huruf Z aktiviti ini
mengajar kanak-kanak seawal 2 tahun untuk mengenal dan menyebut huruf yang terdapat
didalam busy book kami. Proses pembelajaran boleh dijalankan secara berulang-ulang
. Dalam buku ini juga memperkenalkan pelbagai
aktiviti yang berlainan konsep iaitu aktiviti mengenal warna, aktiviti memncing
ikan di kolam, aktiviti mengenal huruf, aktiviti menikat tali kasut, dan
pelbagai aktiviti yang mempunyai perkembangan
yang berlainan, iaitu perkembangan bahasa mengenal dan menyebut, perkembangan
kognitif mengecam, membeza, warna, dan perkembangan sosioemosi dan sahsiah,
perkembangan kerohanian, perkembangan fizikal motor halus, dan perkembangan
awal matematik. Seterusnya kami ingin capai daripada “ busy book “ ini adalah
untuk memahirkan motor halus kanak-kanak dan mengajar kanak-kanak untuk fokus.
Permainan ini kami dihasilkan adalah untuk membantu kanak-kanak belajar sambal bermain
selain untuk memperkembangkan tahap pemikiran kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment